Visi & Misi

E-mail Print PDF

VISI

Memperkasakan kebajikan komuniti Bugis di Sabah serta Menjadi peneraju dalam pembangunan taraf hidup dalam ruang lingkup sosial, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan dengan berlandaskan lunas-lunas Islam.

MISI

  1. Menjadi satu badan bukan politik yang menjaga hal-ehwal dan kebajikan masyarakat Bugis di Sabah.
  2. Menyelaraskan kegiatan yang boleh membantu mewujudkan keharmonian di kalangan ahli-ahli PKBS dan masyarakat Bugis keseluruhannya, di samping memupuk semangat perpaduan dengan kaum-kaum lain.
  3. Bersatu meyumbang ke arah peningkatan ekonomi masyarakat Bugis dalam pelbagai bidang melalui satu badan yang sah dengan lebih teratur dan terancang.

 

Matlamat

MATLAMAT

  1. Untuk menjaga kebajikan komuniti Bugis di Sabah serta berusaha meninggikan taraf hidup mereka dari segi sosial, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan dengan berlandaskan lunas-lunas Islam.
  2. Memelihara kesenian, kebudayaan dan tradisi komuniti Bugis yang sedia wujud.
  3. Berikhtiar untuk mengawal, memelihara serta mengamalkan asas-asas persahabatan di antara suku-suku kaum khasnya di Sabah dan di seluruh Malaysia amnya.
  4. Mengambil bahagian dan menggalakkan apa jua usaha kebajikan yang memberi faedah kepada ahli-ahlinya.
  5. Berusaha untuk menubuhkan 'Tabung Pendidikan PKBS' bagi membantu membiayai pelajaran para pelajar yang layak tetapi tidak mampu.
  6. Menyatupadukan kegiatan para ahlinya di samping bekerjasama dengan lain-lain persatuan yang berdaftar di seluruh Malaysia yang sama tujuannya dengan persatuan ini.
  7. Persatuan ini tidak boleh mempunyai pergabungan atau perhubungan dengan mana-mana pertubuhan yang ditubuhkan di luar Malaysia.
  8. Persatuan ini tidak akan terlibat atau dilibatkan dengan mana-mana pertubuhan yang bergiat dalam politik.
 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop