E-mail Print PDF

Sejarah & Budaya Bugis di Tawau Sabah

SEJARAH AWAL KOMUNITI BUGIS DI TAWAU, SABAH 1882-1931

Dalam kajian awal literatur menunjukkan sejarah awal Tawau dimulai dengan pertumbuhan penduduk daerah Tawau yang bermula daripada sebuah perkampungan nelayan dengan hanya kira-kira 200 orang penduduk pada tahun 1892. Catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) pula menyatakan petempatan pertama dibina di Tawau hanya bemula pada tahun 1898.

Namun sejarah petempatan awal Tawau sebenarnya telah bermula sebelum itu lagi apabila kewujudan Tawau mula dikesan dalam peta British sejak tahun 1857. Sejarah pertapakan awal komuniti bugis bermula dengan kedatngan Puado yang memulakan pembukaan tanah di Tawau untuk mengusahakan perladangan kelapa sekitar tahun 1882. Peranan Puado semakin penting dalam konteks pembangunan awal komuniti Tawau yang terdiri dari pelbagai etnik seperti Bugis, Tidong, Suluk dan banjar atas perlantikannya sebagai penghulu masyarakat tempatan yang pertama. Pembentukan komuniti awal Tawau turut dapat dilihat dengan wujudnya perkampungan awal yang dikenali sebagai sebagai " Bugis Town" sekitar tahun 1905. Bahkan peranan orang bugis seperti Puado, Daeng Pasawa, Haji Chanok, Haji Milo, Daeng Mapatta dan beberapa yang lainm menjadikan mereka lebih dikenali sebagai pedagang, tuan tanah, pekedai runcit dan pengusaha perkapalan menangkap ikan. Atas usaha yang dilakukan sejak berkurun lamanya dan diwarisi oleh keturunan mereka, maka situasi ini dapat dilihat pada perkembangan pertempatan orang Bugis masa kini yang kebanyakkanya tertumpu di kawasan sekitar Bandar Tawau.

Di samping penglibatan awal orang Bugis dalam pembangunan ekonomi, beberapa tokoh awal Bugis juga turut memperlihatkan tanggungjawab social dalam pembentukan perpaduan masyarakat di kalangan komuniti awal Tawau. Perkara ini dapat dilihat dari sudut penglibatan orang Bugis dalam kegiatan kemasyarakatan seperti kepimpinan, pembinaan masjid, dan perkahwinan campur.

Maka kesimpulanya, kehadiran tokoh-tokoh awal Bugis yang berperanan sebagai pengasas beberapa kawasan pertempatan di Tawau merupakan fakta penting terhadap perkembangan sejarah awal Borneo Utara sejak zaman penjajahan British.

(sumber daripada kertas kerja seminar komuniti bugis oleh Suraya Sintang dan Sarim Mutajab)

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop