Pengenalan

E-mail Print PDF

DETIK PERMULAAN PENUBUHAN PERSATUAN KOMUNITI BUGIS SABAH (PKBS)

Persatuan ini dinamakan Persatuan Komuniti Bugis Sabah atau singkatannya P. K. B. S. Alamat pertama yang berdaftar untuk persatuan ialah di No Rumah 33, Kg Sembulan Baru, Jalan Pantai Sembulan dan Alamat surat menyurat persatuan ini ialah W. D. T. No. 48, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. PERSATUAN KOMUNITI BUGIS SABAH (PKBS) telah mula didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftarannya ialah 22/85 (Sabah) iaitu pada1 haribulan Julai 1985 yang ditandatangani oleh MOHD IBRAHIM B. HJ MOHAMAD Timbalan Pendaftar Pertubuhan Malaysia

Persiden pertama bagi persatuan ini disandang oleh Dr. Patawari Hj Patawe (1982-1985), kemudian digantikan oleh Dato' Osman Hj Jamal (1984-1988) iaitu sebagai pemangku presiden namun pada tahun 1988-1990 beliau mula menyandang Presiden PKBS. Pada tahun 1990 jawatan tersebut bertukar dan digantikan oleh Bandy Pilo iaitu (1990-1991). Kemudian bertukar tangan kepada Abas Mohd Ali iaitu (1991-1992). Namun jawatan itu tidak kekal lama dan diganti kepada Dato' Osman Hj Jamal pada tahun 1992 hingga sekarang. Persatuan ini giat aktif di negeri sabah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan disamping untuk menjaga kebajikan suku kaum Bugis di Sabah serta berusaha meninggikan taraf hidup mereka dari segi sosial, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan dengan berlandaskan lunas-lunas Islam. Selain itu memelihara kesenian, kebudayaan dan tradisi suku kaum Bugis yang sedia wujud.

Logo & Moto

"Menakhoda komuniti sivil"

Gambar perahu layar dalam lingkaran bulan sabit bermakna berazam untuk berusaha dan berjuang untuk hidup di bawah lindungan dan keredha'an Allah. Keris menandakan ' Kedaulatan dan keberanian' yang sudah tertanam dalam diri kebanyakan komuniti Bugis. Warna Putih melambangkan kesucian dan kejujuran. Warna Hitam melambangkan semangat kental berjuang di jalan Allah. Warna Hijau melambangkan kemakmuran. Juga tertulis tahun"1985" yang menunjukan tahun penubuhan sekaligus memperlihatkan sudah lebih dua dekad PKBS berusaha "menakhoda komuniti sivil".

Moto "Menakhoda komuniti sivil" adalah bermaksud mengajak semua lapisan masyarakat Bugis Sabah kea rah daya saing bangsa serta dapat dicontohi kepada masyarakat lain di era globalisasi, seterusnya menjadi komuniti yang proaktif dan dinamik agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama masyarakat lain melepasi sempadan budaya, ekonomi dan geososial.

Keahlian

SYARAT

  1. Keahlian bagi persatuan ini terbuka kepada semua suku kaum Bugis yang berwarganegara dan bermastautin di Sabah dan berumur 18 tahun ke atas.
  2. Tiap-tiap calon yang hendak menjadi ahli persatuan ini mestilah mengisi 'Borang Permohonan Menjadi Ahli' yang disediakan oleh persatuan dan hendaklah dicadangkan oleh seorang ahli dan disokong oleh seorang ahli yang lain.
  3. Borang permohonan menjadi ahli yang telah sempurna diisi hendaklah di hantar kepada Setiausaha Cawangan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Cawangan bagi pertimbangan, Bagi mereka yang tinggal di tempat di mana cawangan persatuan itu tidak ada, bolehlah menghantarkan permohonan mereka terus kepada Setiausaha Agung di Ibupejabat persatuan ini.
  4. Jawatankuasa cawangan boleh mengambil keputusan atas semua permohonan menjadi ahli, sama ada meluluskan atau menolaknya tanpa memberi sebarang sebab.
  5. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan, hanya sah sebagai ahli setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan yang pertama yang telah ditetapkan.
  6. Pemegang-pemegang jawatan persatuan ini tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintahan dalam persatuan hendaklah Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 21 tahun.

 

BAYARAN MASUK, YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN

  1. Bayaran masuk dan yuran bulanan yang dikenakan kepada tiap-tiap ahli ialah seperti berikut:
    1. Bayaran masuk RM10.00
    2. Bayaran bulanan RM1.00
  2. Yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Setiausaha Cawangan atau Bendahari Cawangan terlebih dahulu dalam masa 7 hari pada awal tiap-tiap bulan. Jika cawangan belum ditubuhkan pembayaran hendaklah di bayar kepada Setiausaha Agung.
  3. Yuran bulanan boleh dibayar dengan cara :
    1. Dibayar pada tiap-tiap bulan
    2. Dibayar sekaligus untuk setahun iaitu sebanyak $22.00, enam bulan, empat bulan atau tiga bulan.
  4. Sebanyak 30% daripada jumlah kutipan yuran cawangan bayaran masuk hendaklah diserahkan kepada pusat.
  5. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh di jalankan dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan Persatuan.

 

KEISTIMEWAAN KEAHLIAN

  1. Memperluaskan kenalan sesame komuniti.
  2. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan serta isu-isu terkini.
  3. Menyertai pelbagai aktiviti keagamaan, kebajikan, pendidikan dan sosial.
  4. Pendedahan kepada peluang-peluang kerjaya dan perniagaan .
 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop