PKBS Facebook

Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS)

RAMADHAN KITA : MASIH ADA YANG SAYANG

Sebuah program untuk mendekati golongan muallaf, asnaf dan anak yatim telah dijayakan secara bersama oleh Kawasan Rukun Tetangga Bandar Sri Indah (KRT-BSI), Masjid Az-Zaeemah Bandar Sri Indah (MAZ-BSI) dan PKBS Daerah Tawau di dua buah kampung iaitu Kampung Iban Kuala Nansang dan Kampung Serudung Baru di Jalan Apas Balung kira-kira 25 KM dari pusat Bandar Tawau. Program Masih Ada Yang Sayang ini merupakan program berulang bagi KRT & MAZ BSI, manakala PKBS baru pertama kali mengikutinya.

Read more...
 

TUJUH NGO BERGABUNG

Tragedi kebakaran pada 13 April 2016 lalu di Kampung Tanah Merah Batu 2 dan Kampung Titingan Blok 10 Tawau, membabitkan 263 keluarga telah membuka laluan kepada Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS), Persatuan Peguam Muslim Sabah (AMAL), i-Bantu, MyCare Tawau, Borneo Amateur Radio Club (BARC), Masjid Az-Zaeemah BSI dan Masjid Quba Tmn. Semarak, bergandingan bahu mengumpulkan bantuan untuk diserahkan kepada keluarga yang terlibat. Bantuan berupa wang tunai telah diberikan kepada wakil-wakil keluarga seramai 220 orang yang hadir bertempat di Dewan Masyarakat Tawau pada 23 April 2016, manakala bantuan berupa barangan telah diserahkan di Masjid Habib Abdul Rahman Batu 2, Jalan Apas, pada 24 April 2016.

Read more...
 

SAMBUTAN MAULIDURASUL PERINGKAT NEGERI SABAH 1437H

Seramai 250 ahli PKBS Daerah Sipitang yang dipimpin oleh Encik Jaafar Bin Jony telah memeriahkan sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri Sabah 1437H yang diadakan bertempat di Pekan Sipitang pada 24 Disember 2015 yang lalu. Penyertaan kontingen PKBS bagi Kategori Pertubuhan telah menerima penghargaan saguhati di tempat ke-5 daripada 60 kontingen yang mengambil bahagian. Perarakan bermula dari Padang Hospital Sipitang ke Gata Square.

 
Page 2 of 19

Undian

Anda dari PKBS Daerah?
 

Info


Video



Get the Flash Player to see this player.

time2online Joomla Extensions: Simple Video Flash Player Module

Kareba

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini14
mod_vvisit_counterSemalam15
mod_vvisit_counterMinggu ini14
mod_vvisit_counterMinggu lalu108
mod_vvisit_counterBulan ini292
mod_vvisit_counterBulan lalu653
mod_vvisit_counterJumlah331054

We have: 1 guests online
Tarikh: Sep 23, 2018

Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop