BUGIS SABAH MUNCUL DI PESTA USUNAN SIRI KE-5

E-mail Print PDF

Pesta Usunan Siri Ke-5 tahun ini menampilkan kelainan kerana acara khas untuk masyarakat Bajau Kota Belud tersebut buat pertama kalinya turut disertai oleh suku bangsa lain. Usunan adalah dirujuk kepada alat seperti tandu yang digunakan untuk mengusung orang kenamaan (bangsawan) dan dikelilingi oleh pengiring. Ia merupakan warisan yang penuh ketertiban budaya masyarakat Bajau Kota Belud. Dipercayaai Usunan mula digunakan oleh etnik Iranun sekitar tahun 1700 di Tempasuk. Penggunaan Usunan disifatkan sebagai satu upacara penghormatan menghantar pemimpin dan pahlawan.

 

Siri Ke-5 Pesta Usunan pada 17 Oktober 2015 yang lalu telah berlangsung di tapak Tamu kota Belud, dan buat pertama kalinya turut disertai oleh etnik Bugis Sabah yang diwakili oleh Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS). Sebanyak 24 kumpulan Usunan mengambil bahagian pada kali ini, termasuk PKBS dan Persatuan Chung Hwa Kota Belud. Pesta ini adalah acara pertandingan, namun penyertaan PKBS adalah sekadar penyertaan jemputan oleh pihak penganjur. Penyertaan yang positif bagi PKBS kerana komuniti Bugis Sabah sangat minioriti jumlahnya di daerah Kota Belud namun tetap diberi ruang untuk menonjolkan kebudayaannya.

Penyertaan PKBS telah diselaraskan oleh Encik Aziz Bin Ambodai selaku Ketua PKBS Daerah Kota Belud dan dibantu oleh Encik Ahmad Bin Patong mewakili PKBS Bandaraya. Seramai 30 ahli kumpulan PKBS membuat persembahan mengiringi usungan khas disediakan dan mengusung sepasang pengantin Bugis Sabah. Persembahan silat secara solo, sedikit mencuri tumpuan kerana buat pertama kalinya, seni silat Bugis dipersembahkan dalam acara tersebut.

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop