Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj.

E-mail Print PDF

27 Rejab 1436 bersamaan 17 Mei 2015: Alhamdulillah PKBS Kunak telah berjaya mengadakan program ceramah memperingati peristiwa Israk dan Mikraj yang telah berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi.

 

Israk Mikraj ialah perjalanan Rasullullah SAW  dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Sekaligus dapat memberi pendedahan kepada Komuniti Bugis di kunak khusunya betapa pentingnya memulia dan mengingati peristiwa penting tersebut. Sambutan ini juga bertujuan untuk  membentuk akhlak penduduk setempat dengan menjadikan Rasullullah sebagai ikutan dan contoh dalam perjalanan hidup ini.

Al-Uztaz Mohd Tang Bin Abd Latif ketika menyampaikan ceramah Israk dan Mikraj

Manakala Ceramah telah disampaikan oleh Yg Berbahagia Al-Ustaz Mohd Tang Bin Abd Latif iaitu seorang Imam Rawathib dari ladang sipit. Seramai lebih kurang 70 orang telah menghadiri majlis tersebut yang bermula pada jam 10.30 pagi bertempat di Kg Simpang Empat iaitu dirumah Pengerusi PKBS Kunak Tn. Hj. Ridwan Mohd. Daud dan disudahi dengan jamuan makan tengahari sebaik selesai solat Zohor.

Dalam ceramahnya selama 45 minit itu, Al-Ustaz banyak menekankan pengajaran-pengajaran penting daripada peristiwa besar kerasulan Nabi Muhammad SAW dan mengharapkan semoga ia menjadi suatu peringatan yang akan menambah keimanan umat kepada Allah SWT.

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop