Pertandingan Badminton Tertutup PKBS Sandakan

E-mail Print PDF

Acara Pertandingan Badminton Tertutup PKBS Sandakan Kali Pertama 2015 Bertempat di Dewan Badminton Kompleks Sukan Sibuga, Jalan Labuk Sandakan.

 

 

Pertandingan secara tertutup itu telah bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari serta berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 April. Perasmian acara pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh pengerusi daerah Sandakan iaitu Tn. Hj. Edy nasrin.


Manakala objektif utama Pertandingan Badminton Tertutup PKBS Sandakan ialah Mengadakan satu pertandingan sebagai satu pengalaman bertanding kepada pemain dalam ahli PKBS untuk Mencungkil bakat-bakat dalam kalangan ahli PKBS serta sebagai medan Mengeratkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain antara ahli-ahli PKBS.


Pertandingan itu, meliputi kategori perseorangan lelaki, beregu lelaki terbuka dan beregu lelaki veteran.Setiap kategori pemenang pulak membawa hadiah medal, hamper dan sijil penyertaan.
Acara beregu lelaki terbuka  Acara beregu lelaki veteran


Johan Perseorangan Lelaki Abdul Razil Samiun

Johan Bergu Lelaki Veteran Jasman & Muhayan Miskan @ Wak
Johan Bergu Lelaki Terbuka Tawakal & Rosley



Ahli Jawatankuasa Induk Pertandingan Badminton PKBS Sandakan merakam kenangan bersama pemenang setiap kategori yang dipertandingkan.Beikut merupakan keputusan pertandingan badminton anjuran sandakan

PERSEORANGAN LELAKI :

1. Johan : Abdul Razil Samiun

2. Naib Johan : Rosley Hassan


BEREGU LELAKI TERBUKA :


1. Johan : Tawakal  &  Rosley

2. Naib Johan : Suderman & Jasman


BEREGU LELAKI VETERAN :
1. Johan : Jasman & Muhayan @ Wak

2. Naib Johan : Suderman & Perman @ Pilli

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop