SESI DIALOG PRESIDEN PKBS BERSAMA MAHASISWA/I BUGIS UMS

E-mail Print PDF

KOTA KINABALU: 22 MAC 2015, (Ahad). Pada hari ini bertempat di 1borneo hotel courtyard, Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) telah berhasil buat pertama kali dalam menganjurkan program sesi dialog

antara Presiden PKBS Ybhg. Datuk Osman Bin Hj. Jamal bersama kolompok mahasiswa dan mahasiswi bugis dari penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah berlangsung pada waktu malam.


Pada sesi dialog tersebut seramai 34 para mahasiswa dan mahasiswi bugis UMS menghadirkan diri dalam program berkenaan yang bermula pada jam 7.00 malam. Turut tidak ketinggalan mengiringi bersama presiden dalam malam sesi dialog tersebut ialah mereka yang terdiri sebahagian daripada barisan kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PKBS. Antara barisan kepimpinan AMT-PKBS yang hadir ialah Setiausaha Agung PKBS Prof. Madya Dr. Abdullah Bin Bade. Biro keanggotaan En. Samasuddin Bin Lawe, Naib Presiden ke-3, En. Samasuddin Bin Hj. Yusop dan Puan Salmah Binti Labullah sebagai biro hubungan luar dan daerah serta Setiausaha Kerja PKBS Pusat saudara Hasman Bin Bacho.

Terdahulu dalam intipati ucaptama Datuk Osman Hj. Jamal sebelum sesi dialog itu bermula, Presiden telah menasihati kepada para mahasiswa dan mahasiswi bugis UMS, agar memahami dan mengenali sendiri tentang ‘landscape’ sejarah dan peranan atau matlamat PKBS terhadap komuniti bugis di Sabah agar mampu menjiwai dan memahami perubahan-perubahan yang telah dibawa atau misalnya transformasi konsep daripada soal ‘kebajikan’ kepada soal ‘komuniti’ selari dengan tuntutan masa kini untuk usaha mematangkan usia PKBS pada masa akan datang.

Tambahnya lagi, golongan mahasiswa dan mahasiswi adalah harapan kepada tonggak kepimpinan dimasa hadapan untuk mewarisi delegasi perjuangan PKBS yang seterusnya.

Secara ringkas pada malam sesi dialog tersebut yang berlangsung secara harmoni dan santai, intipati dialog utama yang diutarakan daripada peserta mahasiswa dan mahasiswi bugis kepada Presiden PKBS adalah lebih merumuskan kepada aspek berkenaan soal keselesaan dan kelestarian perjalanan pembelajaran anak-anak bugis yang menuntut di universiti-universiti.

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop