GEMPA BUMI SABAH : PKBS KE HADAPAN HULUR BANTUAN

E-mail Print PDF

(1) Dr. Jamili Nais, Pengarah Taman-taman Sabah (2) Saudara Muhd. Rizuan Kauhinin, Malim Gunung Kinabalu menerima sumbangan PKBS oleh Tuan Hj. Ambotola Pelu.

Taman Kinabalu Kundasang | Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) telah terpanggil untuk menghulurkan bantuan sebagai tanda keprihatinan komuniti Bugis Sabah susulan Tragedi Gempa Bumi yang melanda Negeri Sabah pada 05 Jun 2015 yang lalu. Tuan Hj. Ambotola Pelu selaku Bendahari Kehormat PKBS telah mewakili YBhg. Datuk Osman Hj. Jamal (Presiden PKBS) menyampaikan bantuan menerusi Taman-taman Sabah untuk disalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan akibat tragedi tersebut. Pengarah Taman-taman Sabah iaitu Dr. Jamili Nais telah berbesar hati menerima sumbangan tersebut yang telah disempurnakan di Restoran Liwagu Taman Kinabalu, Kundasang. Selain pihak Taman-taman Sabah, PKBS turut menemui wakil Pesatuan Malim Gunung Kinabalu, termasuk saudara Muhd. Rizuan Kauhinin dan menyampaikan sumbangan sebagai penghargaan di atas usaha mereka membantu menyelamatkan para pendaki yang terperangkap. Turut hadir mengiringi mewakili Datuk Presiden PKBS adalah En. Samasuddin Hj. Yusop (Naib Presiden 3), En. Mustapha Abd. Talip (AMT), En. Misbahuddin Rida (AMT) dan En. Saripudin Nuhalim (Biro Penerbitan Publisiti). Bersama-samalah kita mendoakan agar usaha menyelamat oleh pihak berwajib dapat dijayakan sebaiknya. # KAREBA

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop