KEMBARA DAKWAH LAHAD DATU

E-mail Print PDF

 

LAHAD DATU: Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) daerah Lahad Datu telah berjaya menganjurkan program ilmiah yang bertajuk Kembara Dakwah. Program itu yang telah berlangsung selama empat hari bermula pada tarikh 28 februari dan berakhir pada 03 mac 2015.

Sepanjang empat hari penganjuran program itu, PKBS Lahad Datu melalui AJK biro agama mengundang seorang penceramah bebas iaitu Uztaz Habiburahman Al-Hafiz yang juga merupakan sebagai timbalan mudir maahad tahfiz darul quran dan qiraat di Pasir Mas Kelantan.

Sepanjang program itu diadakan ia telah mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan dari penduduk kampung yang terdekat serta datang dari latar belakang berbeza dan pelbagai peringkat umur.

 

Pengisian program kembara dakwah itu ialah bertujuan pemberian tazkirah yakni mendidik jiwa peserta program berkenaan, dalam menyemai jiwa peserta kembali ke jalan diredai Allah S.W.T dan membimbing menuntut ilmu, perkongsian ibadat mengerjakan amal makruf nahi mungkar serta mengikuti syariat agama supaya menjamin kejayaan didunia serta akhirat.

Penganjuran program berunsur ilmiah seumpama tersebut oleh pihak PKBS Lahad Datu adalah sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memupuk keislaman dalam diri masyarakat setempat.

Program itu dapat memberi manfaat yang amat berguna kepada peserta program kembara dakwah. Program kembara dakwah itu telah berlangsung di empat buah masjid sekitar Lahad Datu. Antara masjid yang terlibat ialah :

1) Masjid Nurul Ummam, Kg Tamoi Lama Batu 5, Jalan Tawau.

2) Masjid Nurul Mustaqim Batu 2, Jalan Segama.

3) Masjid Nurul Ittihad Kg. Muhibbah

4) Masjid Nurul Maqdum Kg. Sapagaya.

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop