Kunjungan Hormat AMT PKBS ke Istana Negeri

E-mail Print PDF

29 September 2011, telah terpahat dalam sejarah penubuhan Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) selamanya sebagai satu hari yang penuh bersejarah, apabila pihak Istana Negeri Sabah telah berkenan menerima hasrat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PKBS untuk hadir mengadap kehadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin.

Seramai 20 orang AMT dan ahli PKBS, yang diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Osman Bin Haji Jamal telah berangkat ke Istana Negeri mengadap TYT YDNS Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin, bertujuan memperkenalkan persatuan dan AMT-nya. Sesungguhnya, peluang mengadap TYT adalah satu detik penting kepada persatuan memandangkan TYT merupakan Ketua Negeri dan simbol perpaduan masyarakat berbagai kaum di negeri ini. Menerusi kunjungan tersebut, YBhg. Datuk Presiden telah memaklumkan kepada TYT akan matlamat dan fungsi penubuhan PKBS, serta sejarahnya. Pertemuan tersebut turut dimeriahkan dengan pertukaran cenderamata, di mana YBhg. Datuk Presiden mewakili PKBS telah menyampaikan cenderamata berupa replika perahu Pinisi yang diperbuat dari logam perak serta dua (2) buah buku berkaitan komuniti Bugis Sabah bertajuk ‘Sejarah dan Budaya Bugis Di Sabah’ dan ‘Prosiding PKBS 2007’. Bercakap kepada pemberita selepas sesi fotografi bersama TYT, YBhg. Datuk Presiden telah merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak Istana Negeri, khususnya TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin di atas kesudiannya menerima mengadap rombongan AMT PKBS. Selanjutnya menjelaskan bahawa PKBS akan terus dengan komitmennya untuk memperkukuh perpaduan selari dengan saranan kerajaan.

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop