RAMADHAN KITA : IHYA RAMADHAN 2016

E-mail Print PDF

Setelah menziarahi 16 buah masjid sekitar Daerah Tawau sejak Ramadhan ke-5 menerusi program tahunan Ihya Ramadhan, Masjid Al-Amin Kampung Pisang terpilih sebagai lokasi terakhir Ihya Ramadhan 2016 PKBS Daerah Tawau. Istimewanya ziarah di Masjid Al-Amin Kampung Pisang sebagai destinasi ke-17 adalah kerana meraikan sekumpulan pelajar-pelajar KAFA daerah Tawau yang telah khatam al-Quran, di samping melayani saudara kita yang telah terlibat dengan tragedi kebakaran enam (6) buah rumah pada 6 Jun 2016 yang lalu.  PKBS Daerah Tawau menyampaikan sedikit bantuan kepada 20 orang wakil keluarga yang terlibat sebagai tanda simpati ke atas dugaan Ramadhan yang dihadapi. Terdahulu peserta Ihya Ramadhan berbuka puasa di perkarangan masjid Al-Amin bersama muslimin muslimat setempat, disusuli solat maghrib dan tazkirah, kemudian solat Isyak dan sunat Tarawih.

Sepanjang Ihya Ramadhan 2016 berlangsung, PKBS Daerah Tawau telah menyalurkan bantuan kepada para penerima yang terdiri dari asnaf, ibu tunggal, OKU dan anak yatim sejumlah 571 orang penerima di 17 lokasi. Bermula di Masjid Al-Mutaqeen Kg. Kongsi 10 (10 Jun 2016), Masjid RAYYAJ Kg. Bombalai Pitas (11 Jun 2016), Tahfiz Sri Bombalai Kg. Sg. Imam (12 Jun 2016), Masjid At-Taqwa Kg. Bukit Gemuk (13 Jun 2016), Masjid At-Taqwa Kg. Batu 2.5 Jln. Apas (16 Jun 2016), Masjid Kg. Mangga Kalabakan (17 Jun 2016), Masjid Kg. Sungai Tongkang, Sebatik (18 Jun 2016), Masjid Az-Zaeemah Bandar Sri Indah (19 Jun 2016), Masjid Hidayatul Iman Merotai Besar (20 Jun 2016), Masjid Al-Nurul Amin Logpond (22 Jun 2016), Wisma Rastamas Jln. Apas (23 Jun 2016), Masjid Abdullah Batu 8 Jln. Apas (24 Jun 2016), Masjid Al-Falah Kg. Pasir Putih (25 Jun 2016), RAY Ar-Raudhah Batu 4 Jln. Apas (27 Jun 2016), Masjid Ukhwatul Imarah Taman Semarak (28 Jun 2016), Masjid Al-Falah Kg. Sentosa Blok 5 (30 Jun 2016), Masjid Nurul Hidayah Kg. Jambatan Putih (1 Julai 2016) dan Masjid Al-Amin Kg. Pisang (2 Julai 2016). YBhg. Datuk Osman Jamal selaku Presiden PKBS turut bersama-sama  beramah mesra dengan saudara seagama di tiga lokasi ziarah, iaitu Masjid Hidayatul Iman, Masjid Al-Falah dan Masjid Nurul Hidayah.

 

Tuan Hj. Yala Munur selaku Ketua PKBS Daerah Tawau dan dibantu oleh Bendahari PKBS Daerah iaitu Tuan Hj. Rahim Tondak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan syabas kepada semua penyumbang yang menjayakan Ihya Ramadhan 2016. Di atas sokongan padu tersebutlah PKBS mampu mendekati masyarakat yang memerlukan dengan menghulurkan bantuan. Semoga dengan keikhlasan sedemikian semangat ukhwah silaturahim sesama muslim sentiasa terpelihara.

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop