SALAM KASIH SAYANG DARI PKBS DAERAH KENINGAU

E-mail Print PDF

 

Melangkah ke bulan Ramadhan, PKBS Daerah Keningau memeriahkan pengisian bulan yang penuh keberkatan ini dengan menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan di luar daerah Keningau. 19 Ramadhan 1436 / 06 Julai 2015 telah dijayakan Program Berbuka Puasa dan Penyampaian Duit Raya bersama anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Tambunan (RAYT). Rombongan PKBS Daerah Keningau diketuai oleh Timbalan Pengerusinya iaitu En. Jaafar Hasanuddin, turut mengiring En. Abdul Kadir Asis (AJK Pendidikan), Pn. Junaidah Rahman (Wakil Wanita), En. Khairul (Setiausaha) serta rombongan ibu-ibu PKBS Daerah Keningau.

 


Rombongan telah disambut oleh Ust. Saifuddin Rusiman mewakili Pengetua RAYT, staf serta 120 anak-anak yatim  RAYT. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Ust. Saifuddin yang berbesar hati menerima kunjungan tersebut, dan menerangkan serba sedikit latar belakang dan perkembangan semasa RAYT. En. Abdul Kadir Asis yang berucap bagi pihak PKBS Daerah Keningau turut mengucapkan setinggi terma kasih kepada pihak RAYT kerana sudi menerima kunjungan tersebut dan berharap agar program susulan akan dapat dilaksanakan pada waktu yang lain khususnya untuk anak-anak yatim RAYT dalam bentuk program motivasi. RAYT telah dibuka pada tahun 1981 merupakan rumah anak yatim di bawah kelolaan JAHEINS sepenuhnya, dan merupakan kompleks rumah anak yatim terbesar di Sabah. Anak-anak yatim di RAYT datang dari seluruh negeri Sabah, terutamanya dari daerah Keningau, Kota Kinabalu, Ranau, Tawau, Sandakan dan Semporna.

Disusuli dengan majlis berbuka puasa sebelum solat Maghrib berjemaah, berbagai juadah telah disediakan sendiri oleh ibu-ibu PKBS Daerah Keningau begitu mengembirakan anak-anak yang diraikan. Selain juadah istimewa berbuka puasa, anak-anak yatim turut diberikan duit raya oleh PKBS Daerah Keningau.

Sementara pada 17 Ramadhan 1436 / 04 Julai 2013, PKBS Daerah Keningau turut mengadakan satu lagi program kunjungan mesra ke Rumah Warga Tua Sri Pritchard di Kinarut. Walaupun sekadar menyampaikan hamper makanan dan wang saku, kunjungan tersebut  berlangsung penuh kemesraan dan menceriakan warga Sri Pritchard. Menurut wakil pentadbir Sri Pritchard, Pn. Phin terdapat seramai 89 warga tua ditempatkan di sini dan 16 orang warga daripadanya adalah muslim. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pn. Junaidah Rahman yang mewakili Pengerusi PKBS Daerah Keningau dan diiringi oleh En. Khairul (Setiausaha).

Di atas program-program tersebut, semoga kita warga PKBS terus disuburkan dengan komitmen menyumbang kepada masyarakat.

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop