AMT SESI 2015/2017 : LEBIH MANTAP, LEBIH CEKAP

E-mail Print PDF

Hasil Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-5 PKBS pada 07 Jun 2015 di Keningau yang lalu, satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Kali Ke-14, Bil 3/2015 telah diadakan pada 27 Jun 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Kimanis Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu bagi memutuskan senarai exco yang akan menerajui organisasi PKBS bagi sesi 2015/2017.

Hampir 70 peratus dari kedudukan exco sebelumnya telah mengalami perubahan dan distrukturkan semula bertujuan memantapkan gerak kerja persatuan agar lebih kemas dan menyeluruh sesuai dengan keperluan semasa. Lapan (8) muka baharu ditampilkan menyertai AMT kali ini seperti yang telah dipersetujui dalam MAT ke-5, bagi menggantikan AMT yang berundur dan mengisi kedudukan exco baharu yang diwujudkan.

Jika sebelum ini hanya ada satu Timbalan Presiden dan disandang oleh Tuan Hj. Pondren Nawa, namun kali ini memperlihatkan pengujudan Timbalan Presiden 2 yang diisi oleh Tuan Hj. Samsul Bahriy Marullah, sesuai dengan kehendak mesyuarat lepas yang mahukan lebih ruang kepimpinan diberikan kepada pemimpin pelapis. Naib-naib Presiden telah dikekalkan dengan tiga (3) Naib Presiden, iaitu  Encik Abdul Gani Zelika (Naib Presiden 1), Prof. Madya Dr. Hjh Arsiah Hj. Bahron (Naib Presiden 2) dan Encik Samasuddin Hj. Yusop (Naib Presiden 3). Manakala Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat juga kekal dan disandang oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Bade dan Tuan Hj. Ambotola Pelu, sementara Penolong Setiausaha Agung menampilkan Encik Junaedi Ahmad Sultan dari PKBS Daerah Kinabatangan. Pertambahan lima (5) exco berbanding sepuluh (10) sebelumnya menjadikan AMT kali ini mempunyai 15 exco. Berikut adalah senarai penuh barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang telah diputuskan pada mesyuarat tersebut.


Presiden YBhg. Datuk Osman Hj. Jamal (Bandaraya)

Timbalan Presiden 1 Tuan Hj. Pondren Nawa (Tawau)

Timbalan Presiden 2 Tuan Hj. Samsul Bahriy Marullah (Lahad Datu)

Naib Presiden 1 Encik Abdul Gani Zelika (Tawau)

Naib Presiden 2 Prof. Madya Dr. Hjh Arsiah Hj. Bahron (Bandaraya)

Naib Presiden 3 Encik Samasuddin Hj. Yusop (Bandaraya)

Setiausaha Agung (SUA) Prof. Madya Dr. Abdullah Bade (Bandaraya)

Penolong Setiausaha Agung Encik Junaedi Ahmad Sultan (Kinabatangan)

Bendahari Kehormat Tuan Hj. Ambotola Pelu (Bandaraya)

Setiausaha Kerja (SUK) Encik Hasman Bacho (Bandaraya)

Ketua Penerangan Tuan Hj. Mustapa Abd Talip (Bandaraya)

Exco Agama dan Kerohanian Tuan Hj. Yallah Munur (Tawau)

Exco Perundangan Encik Mohd. Amin Tenreng (Tawau)

Exco Ekonomi dan Keusahawanan Tuan Hj. Edy Nasrin Hj. Mohamad Idris (Sandakan)

Exco Pelaburan dan Penjanaan Tuan Hj. Yussup Nannong (Lahad Datu)

Exco Kepimpinan dan Politik Dr. Ahemad Sade (Bandaraya)

Exco Kebajikan dan Kesukarelaan Encik Misbahuddin Mohd. Rida (Bandaraya)

Exco Hal Ehwal Wanita Prof. Madya Dr. Asmiaty Amat (Bandaraya)

Exco Pembangunan Modal Insan Puan Salmah Labulla (Bandaraya)

Exco Kebudayaan dan Kesenian Encik Rahman Hj. Paleti (Keningau)

Exco Sukan dan Rekreasi Tuan Hj. Majid Kapili (Bandaraya)

Exco Hubungan Luar Encik Muhamad Hj. Tolling (Bandaraya)

Exco Pendidikan Encik Ismail Asis Mario (Bandaraya)

Exco Tugas-tugas Khas Encik Samsuddin Lawe (Bandaraya)

Exco Keanggotaan Encik Ahmad Herdianto Hj. Sidek (Kota Belud)

Exco Penerbitan & Publisiti Encik Saripudin Nuhalim (Bandaraya)

Pengerusi Tetap Encik Akmad Ibrahim (Tawau)

Pemeriksa Kira-kira 1 Tuan Hj. Mas Hendra Latif (Bandaraya)

Pemeriksa Kira-kira 2 Encik Abdudduha Abd Rahman (Bandaraya)

 

Tambahan kepada senarai Exco tersebut adalah pengujudan tiga (3) unit baharu yang akan dikordinasikan melalui Exco berikut ;

1. PKBS Niaga di bawah Exco Ekonomi dan Keusahawanan.

2. PKBS Prihatin di bawah Exco Kebajikan dan Kesukarelaan.

3. Unit Media Sosial dan Web PKBS di bawah Exco Penerbitan & Publisiti.

Jawatan Pemeriksa Kira-kira pula kekal disandang oleh Tuan Hj. Mas Hendra Latif dan akan dibantu oleh Encik Abdudduha Abd Rahman, manakala Encik Akmad Ibrahim telah mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Tetap.

 

Keseluruhannya seramai 28 orang Ahli Majlis tertinggi (AMT) yang akan membantu YBhg. Datuk Osman Hj. Jamal selaku Presiden PKBS bagi sesi 2015/2017 untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah digariskan oleh persatuan sesuai dengan aspirasi komuniti Bugis Sabah. Semoga bagi tempoh sesi tersebut semua AMT yang terpilih dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk semua.


 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop