MISI PONDO

E-mail Print PDF

 

Satu misi bantuan dinamakan Program Ramadhan Relief Fund oleh KUATAGH Sabah (Alumni MRSM Kuantan) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Sembulan dan PKBS Prihatin ke Kampung Pondo Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Bantuan yang dihulurkan berupa makanan sebanyak 89 pakej, khusus untuk keluarga yang telah terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka.

Bantuan makanan tersebut amat diperlukan lebih-lebih lagi dalam suasana bulan Ramadhan bagi meringankan kesusahan mereka yang terlibat agar dapat bersahur dan berbuka puasa sebaiknya. Dilaporkan kira-kira 100 buah rumah musnah akibat kebakaran yang berlaku pada awal pagi Isnin 15 Jun 2015 lalu. KUATAGH Sabah telah diwakili oleh Tuan Hj. Ambotola Pelu (CEO Program KUATAGH Sabah - Ramadhan Relief Fund), manakala PKBS Prihatin diwakili oleh Encik Mohammad Hj. Tolling (AMT PKBS) dan Masjid Sembulan oleh Encik Ahmad Mani (Setiausaha Masjid).



 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop