Seramai 100 kanak-kanak dikhatankan beramai-ramai

E-mail Print PDF

kredit: Keratan Akbar NEWSABAH TIMES 1 DECEMBER 2014 Oleh :- ROZZALIN HASHIM ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )


SANDAKAN: Seramai 100 orang kanak-kanak dari kampung Tinosa 2 dan sekitarnya telah di khatankan secara beramai-ramai dalam satu program kemasyarakatan pasa sabtu lepas.

 

Program berkenaan adalah merupakan anjuran Masjid Asmaul Husna dan Pusat Zakat dengan kerjasama Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Daerah Sandakan yang mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat.
Pengurusi PKBS daerah, Hji Edy Nasrin memberitahu tujuan program berkhatan diadakan adalah bagi membantu meringankan beban ibubapa yang kurang berkemampuan untuk mengkhatankan anak-anak sempena musim cuti persekolahan.
Katanya, program anjuran bersama dengan pihak masjid di perkampungan tersebut termasuk Pusat Zakat Merupakan sebahagian aktiviti kemasyarakatan pihak PKBS dalam usaha membantu rakyat tanpa mengira sesiapa pun.
PKBS amat berterima Kasih kerana turut dijemput untuk bersama-sama menjayakan program kelolaan Masjid Asmaul Husna di Kampung Tinosa 2 dan Pusat Zakat. Kami mengalu-alukan kerjasama ini apatah lagi program kemasyarakatan menjadi aktiviti tahunan PKBS,: jelasnya.
Beliau Menambah antara matlamat penubuhan PKBS adalah menjaga kebajikan ahli-ahlinya di samping sentiasa mencipta ruang untuk mengeratkan hubungan dengan suku-suku kaum di Malaysia Khasnya di Sabah.
Ujarnya, Program terdekat yang dalam perancangan mereka antaranya menyertai perarakan Maulidur Rasul SAW dan mengadakan Kejohanan Badminton tertutup PKBS.
Orang ramai berketurunan Bugis dijemput eramai-ramai mendaftar sebagai ahli PKBS dengan menghubungi Beliau di talian 012-842 2224 / Jeffri Hj Ambo (014-870  5999) / Arwan(019-8110110) dan Nurminah Yusup (016-817 5717).

kredit: Keratan Akbar NEWSABAH TIMES 1 DECEMBER 2014 Oleh :- ROZZALIN HASHIM ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

 

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop