Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Dan Bintang Serta Pingat Negeri Sabah

E-mail Print PDF

Kota Kinabalu: Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Dan Bintang Serta Pingat Negeri Sabah telah dilangsungkan bertempat di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah (TYT) Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin.

Istiadat pengurniaan pada kali ini telah menampilkan seramai 370 orang penerima yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bagi mengenang dan memberikan penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan oleh penerima terhadap Negeri Sabah yang tercinta.

 

Turut tidak ketinggalan untuk menerima pengurniaan pada edisi kali ini adalah penerima daripada suku Komuniti BUGIS SABAH. Antara penerima darjah kebesaran, bintang serta pingat daripada Komuniti BUGIS SABAH adalah :

Tim. Presiden PKBS       :           Tuan Haji Pondren Nawa – JaksaPendamai (JP)

Naib Presiden 2 PKBS    :           Prof. Madya Dr. Hjh Arsiah Hj. Bahron – Ahli Darjah Kinabalu (ADK)

Bendahari PKBS            :           Tuan Haji Ambotola Pelu – Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK)

Pengerusi PKBS Tawau  :           Tuan Haji Yalah Munur – Bintang Setia Kinabalu (BSK)

Ahli PKBS                     :           Dr. Chaco Bullah – Ahli Setia DarjahKinabalu (ASDK)

Ahli PKBS                     :           Tuan Haji Bakri Jamal – Ahli Darjah Kinabalu (ADK)

Terdahulu, pada pengurniaan sebelumnya bertempat di Istana Negeri Sabah terdapat dua orang individu daripada Komuniti BUGIS SABAH yang menerima pengurniaan. Individu tersebut adalah :

 

Ahli PKBS    :           Dr. Roslan Amin – Panglima Gemilang Darjah Kinabalu  yang membawa gelaran “Datuk” (PGDK)

Ahli PKBS    :           Encik Aris Arapa – Bintang Setia Kinabalu (BSK)

Kesudian TYT Sabah untuk memberikan pengurniaan kepada individu daripada Komuniti BUGIS SABAH sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh mereka dalam membangunkan Negeri Sabah menunjukkan bahawa Komuniti BUGIS SABAH diterima sebagai salah satu Komuniti yang terdapat di Negeri Sabah yang tercinta ini. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah Kebesaran Dan Bintang Serta Pingat Negeri Sabah!!

 

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop