BANTUAN MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG PASIR PUTIH TAWAU

E-mail Print PDF

KAMPUNG PASIR PUTIH, TAWAU, 24 Ogos 2014 | Musibah kebakaran 10 buah rumah yang berlaku pada 15 Ogos 2014 lalu, telah menjejaskan kehidupan 16 buah keluarga di Kampung Pasir Putih, Tawau. Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) telah mengkordinasikan inisiatif bantuan berupa wang tunai, barang makanan dan peralatan dapur bagi meringankan beban keluarga yang terlibat. Majlis penyerahan bantuan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Osman Hj. Jamal selaku Presiden PKBS di Kampung Pasir Putih Tawau. 

 

 

Semua bantuan yang dikumpulkan disumbangkan oleh PKBS Pusat, PKBS Daerah Tawau, PKBS Daerah Kunak, Kumpulan RASTAMAS, AJK Masjid Quba Taman Semarak Tawau, Masjid Bandar Tawau, AJK Syukbah Wanita Masjid Al-Kauthar, Persatuan Pandu Puteri Tawau, Alumni Sekolah Islamyah Tawau (ASIST), JKKK Masjid Al-Falah Kg. Pasir Putih Baru Tawau, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N58 Merotai (Tuan Hj. Baco Kalo) dan Ketua Wanita UMNO Kalabakan (Puan Hjh Cahaya Sulaiman). Bersama kita mendoakan agar semua keluarga yang terlibat tabah menghadapi musibah tersebut. # KAREBA

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop