KHIDMAT DIPERLUKAN DI SEMENANJUNG

E-mail Print PDF

KLANG, SELANGOR, 13 Ogos 2014 | “Setelah melihat saudara-saudara kita seramai 4 orang yang telah menjadi mangsa serangan tetakan menggunakan samurai oleh sekumpulan 9 orang remaja India, saya merasa amat sedih dan dukacita kenapa perkara ini boleh berlaku kepada mereka, sedangkan kita tidak bersengketa dengan mereka. Tapi saya tetap bangga kerana pemuda-pemuda kita ini dapat menghadapi musibah ini dengan tabah dan penuh keyakinan terhadap kebolehan anggota Polis untuk menangkap penjenayah tersebut. Saya difahamkan 4 orang penjenayah telah berjaya ditangkap dan kita berdoa semòga penjenayah tersebut dapat diambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.”

 

 

Demikian luahan YBhg. Datuk Osman Hj. Jamal selaku Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) yang telah membuat lawatan bertemu komuniti Bugis Sabah pada 13 Ogos lepas, susulan tragedi beberapa remaja India yang telah menyerang sebuah premis pusat permainan siber di Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor. Kejadian yang berlaku jam 5 pagi pada 7 Ogos 2014 itu telah menyebabkan kecederaan parah ke atas 5 saudara kita, dan salah seorang daripadanya telah disahkan meninggal dunia pada 10 Ogos 2014.

 

Di majlis yang ringkas dan bermakna itu, Datuk Presiden turut berkesempatan berdialog dengan para hadirin bagi mengetahui situasi sebenar mereka dan permasalahan yang dihadapi, serta bantuan yang boleh diberikan oleh pihak persatuan. Secara umumnya, para hadirin menyatakan mereka telah lama menantikan dan berharap agar pihak PKBS dapat membuka sebuah pejabat perhubungan sebagai pusat kordinasi komuniti Bugis Sabah di Semenanjung yang kebanyakan mereka merantau meninggalkan Sabah bertujuan mencari peluang pekerjaan, selain pelajar yang melanjutkan pelajaran di sana.

 

Hasrat tersebut telah dipersetujui oleh Datuk Presiden dan akan dibincangkan di peringkat Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PKBS akan datang. Cadangan lokasi pejabat dan rangka kerjanya akan diketuai oleh Naib Presiden 1 iaitu saudara Abdul Gani Zelika untuk dibentangkan pada mesyuarat tersebut. # KAREBA

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop