BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL : PKBS HULUR BANTUAN

E-mail Print PDF

KUNAK, 13 Julai 2014 | Musibah kebakaran yang menimpa kira-kira 100 buah kediaman dan 50 buah lot kedai di Kampung Pangkalan Kunak, amat menyayat hati apabila tragedi tersebut berlaku di saat para penduduknya bersiap menyambut hari pertama bulan Ramadhan pada 29 Jun 2014. Dianggarkan tidak kurang dari 1,000 penduduk yang mendiami perkampungan atas air tersebut tinggal sehelai sepinggang tanda dapat menyelamatkan barangan milik mereka.

 

Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS), yang dikordinasikan oleh PKBS Pusat telah mengambil inisiatif menghulurkan bantuan bersama-sama dengan PKBS Daerah Kunak, PKBS Daerah Lahad Datu, PKBS Daerah Tawau telah membuat kutipan derma untuk diberikan kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut. Turut menghulurkan bantuan adalah dari PKBS Auto Club Lahad Datu, Syarikat Ridwan Trading, Persatuan Peguam Muslim Sabah dan beberapa individu korporat. Bantuan yang dihulurkan berupa wang tunai dan beberapa keperluan harian telah diberikan kepada 37 wakil keluarga Bugis Sabah yang terlibat. Majlis penyampaian bantuan telah diadakan di rumah kediaman Ketua PKBS Daerah Kunak, Tuan Haji Ridwan Mohd. Daud dan disampaikan oleh YBhg Datuk Osman Hj Jamal, selaku Presiden PKBS. “Padaidi Padaelo, Sipatuo Sipatokong”. # KAREBA

 

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop