JOM MERIAHKAN APC DAN FKAT 2014

E-mail Print PDF

 

Dua (2) program besar bakal berlangsung di Daerah Tawau pada 10 Mei 2014 (Sabtu) ini melibatkan Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS), iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) dan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT).

APC yang dianjurkan oleh PKBS Daerah Tawau dengan kerjasama PKBS Pusat akan dilangsungkan di Auditorium Perpustakaan Daerah Tawau bertujuan meraikan 250 pelajar komuniti Bugis Sabah dari seluruh negeri Sabah yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Presiden PKBS, YBhg. Datuk Haji Osman Bin Haji Jamal, yang akan bermula pada jam 8.00 pagi.

PKBS sekali lagi akan mewakili etnik Bugis Sabah di FKAT 2014 yang akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 8-10 Mei 2014 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau. Gerai pameran setiap etnik akan diadakan bersebelahan dengan Sabindo Plaza, dan PKBS berkedudukan di gerai nombor 11. Kemuncak FKAT 2014 adalah pada malam 10 Mei 2014 bermula 8.00 malam, iaitu acara perarakan dan persembahan kebudayaan oleh setiap etnik yang mengambil bahagian. Kontinjen PKBS akan membuat persembahan pentas pada giliran ke-19 daripada 25 kontinjen etnik yang mengambil bahagian termasuk dua (2) penyertaan luar Negara iaitu dari Indonesia dan Thailand. Konsep persembahan pentas pada kali ini bertemakan persembahan “Lagu Penglipur Lara” berjudul "Labuni Essoe". Kontinjen PKBS seramai 100 peserta akan diketuai oleh En. Arbien Setta, manakala persembahan lagu akan didendangkan oleh En. Nasrun @ Roma diiringi persembahan tarian oleh belia PKBS Daerah Tawau. # KAREBA

 
Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop