PKBS Facebook

Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS)

RAMADHAN AL-MUBARAK 1438H

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1438H

 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa kepada seluruh Warga PKBS. Semoga Amalan kita diterima OlehNYA. Aamiin Ya Rabbalalamin.

 

 

Tarikh untuk melihat Anak Bulan Ramadhan bagi menentukan serta menetapkan tarikh permulaan awal puasa pada tahun ini adalah pada lewat petang hari Jumaat, 26 Mei 2017 bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN KOMUNITI BUGIS SABAH (MAT-PKBS) KALI KE-6

Saujana Putra Ballroom di Lahad Datu, telah menjadi venu bagi 140 orang ahli PKBS, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) serta Perwakilan Daerah dan Pemerhati menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) persatuan untuk kali yang ke-6 pada 30 Julai 2016 (Sabtu) yang lalu. Ini merupakan kali yang kedua daerah Lahad Datu menjadi tuan rumah penganjuan MAT-PKBS, setelah menggalasnya dengan cemerlang pada 27 Oktober 2013. MAT-PKBS ke-6 ini merupakan mesyuarat agung biasa kerana tidak melibatkan pemilihan jawatan seperti yang telah diadakan di daerah Keningau pada tahun lalu. Perlembagaan PKBS menetapkan pemilihan jawatan dalam persatuan hanya boleh dilakukan untuk tempoh dua (2) tahun sekali.

Read more...
 

RAMADHAN KITA : IHYA RAMADHAN 2016

Setelah menziarahi 16 buah masjid sekitar Daerah Tawau sejak Ramadhan ke-5 menerusi program tahunan Ihya Ramadhan, Masjid Al-Amin Kampung Pisang terpilih sebagai lokasi terakhir Ihya Ramadhan 2016 PKBS Daerah Tawau. Istimewanya ziarah di Masjid Al-Amin Kampung Pisang sebagai destinasi ke-17 adalah kerana meraikan sekumpulan pelajar-pelajar KAFA daerah Tawau yang telah khatam al-Quran, di samping melayani saudara kita yang telah terlibat dengan tragedi kebakaran enam (6) buah rumah pada 6 Jun 2016 yang lalu.  PKBS Daerah Tawau menyampaikan sedikit bantuan kepada 20 orang wakil keluarga yang terlibat sebagai tanda simpati ke atas dugaan Ramadhan yang dihadapi. Terdahulu peserta Ihya Ramadhan berbuka puasa di perkarangan masjid Al-Amin bersama muslimin muslimat setempat, disusuli solat maghrib dan tazkirah, kemudian solat Isyak dan sunat Tarawih.

Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 19

Undian

Anda dari PKBS Daerah?
 

Info


Video



Get the Flash Player to see this player.

time2online Joomla Extensions: Simple Video Flash Player Module

Kareba

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini16
mod_vvisit_counterSemalam15
mod_vvisit_counterMinggu ini16
mod_vvisit_counterMinggu lalu108
mod_vvisit_counterBulan ini294
mod_vvisit_counterBulan lalu653
mod_vvisit_counterJumlah331056

We have: 3 guests online
Tarikh: Sep 23, 2018

Visitors hit counter, stats, email report, location on a map, SEO for Joomla, Wordpress, Drupal, Magento and Prestashop